Upgrading Android ROM Eclair 2.1 to Gingerbread 2.3

hai kawan2, lama tak menulis ye.

Hari ni aku buat gila2 sket, mengupgrade hp aku yang separuh berkecai ni.
aku berani la nak upgrade SW dia sbb warranti dah tak boleh nak claim. ye le cermin touch screen dah retak sbb jatuh berkecai hehehe.. salah aku juga, tido dengan handphone sape suruh. bila bunyik, bangun lintang pukang, melayang henpon ke lantai. padan muka aku.

by the way, henpon masih lagi bernyawa. touch screen masih berfungsi. cuma mata je sakit bila tengok screen. retak seribu ni. aku dah tanya CSL KL, dia kata tukar cermin RM270. ayoyo.. manyak mahai lor.. aku beli CSL MI300 ni pon baru RM399++ tak padan dengan harga. by the way, this is my first smart phone. ye le.. baru nak pakai dah berderai. sabor jer le..

ok aku nak cerita ringkas macammana experience aku upgrade SW ni. walaupun aku buat di CSL MI300, tapi aku rasa ia boleh applied pada mana2 android phone barangkali. anyway, aku agak je. korang test le ye.

3 langkah aje.

1. korang donload dan copykan masuk dalam sdcard sw ni. z4root.1.3.0.apk , cm_z71_full-24.zip (lagi latest lagi bagus), gapps-gb-20110120-signed.zip dan rom manager (yg free pon boleh). file z4root.1.3.0.apk dan rom manager perlu diinstall dulu dalam phone, biar dapat root access. pastikan rename dulu file cm_z71_full-24.zip menjadi "update.zip"

2. runkan rom manager, dan pilih "Reboot in Recovery". then bila reboot, pilih untuk "Wipe data/factory reset" dahulu. biar blank. jika takot, sebelum buat apa2 procedure diatas, backup le dulu ye. make sure phone number sebut dah dihantar ke langit (cloud gmail).

3. selepas wiping tadi, pilih menu utk "upgrade from update.zip". tunggu sampai selesai.. 5-10 jugak menunggunye. then bila dia tulis dah selesai, cari exit then reboot.

lepas reboot, hp akan jadi hp yg baru kluar dari kedai.. banyak soalan setup akan ditanya. soalan senang2 aje.. korang jawap le sendiri. lepas tu.. ia akan jadi brand new android gingerbread 2.3.

aku rasa itu aje steps nye. pastikan korang jangan isikan android 3.0 pada hp korang sbb 3.0 and above tu hanya utk tablet aje.

so itu saja step2 yang diringkaskan. harap2 paham le ye. kalau tak paham, rujuk le pada link reference dibawah. cerita dia detail sikit, tapi meleret2.

adios

source:
http://yogeshkumarlal.wordpress.com/2011/02/02/how-flash-cyanogenmod-rom-on-spice-mi-300/

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Celcom Prepaid X-Pax: TEMPOH KREDIT For 1 Year / 2 Year For Celcom Prepaid User.

Hotlink 365: EXTEND TEMPOH 1 TAHUN